Wednesday, August 20, 2008

WACANA GAPENA I

dengan kedudukan kestabilan politik malaysia yang terumbang ambing dek kerakusan politik pembangkang yang terus menerus cuba mengharu birukan rakyat jelata dengan segala tohmahan dan fitnahan bagi mencapai sesuatu impian untuk seseorang, di campur pula dengan kebodohan segelintir pemimpin pemerintah yang ingin tampil menjadi hero tanpa semena mena mengumumkan subsidi untuk pengajian kepada bukan melayu sebanyak 45% yang dulunya dimonopolikan oleh orang Melayu, kini bak kata pepatah bagi betis mahu paha. Timbul pula pemimpim pembangkan yang juga melayu, cuba bermain api lagi dengan mencadangkan kepada pemerintah agar diberikan 10% lagi peruntukan kepada bukan melayu untuk memasuki ke uitm, yang juga selama ini universiti melayu secara khasnya, kini walaupun sudah bercampur tetapi masih lagi bermajoriti melayu.

dengan segala macam kekecohan dan kekeliruan masyarakats ekeliling yang kebanyakannya hanya menyedari melalui akhbar-akhbar yang selalunya tidak telus dalam siarannya, terus menerus memeningkan kepala masyarakat sekeliling. Di mana lagi tempat masyarakat sekeliling untuk mendapatkan maklumat?

GAPENA sedia membantu, sekurang-kurangnya memberikan sedikit demi sedikit keterbukaan kepada masyarakat sekeliling akan kedudukan sebenar politik melayu, kedaulatan melayu, keagungan melayu, di mana letaknya bangsa melayu, ke mana perginya bangsa melayu selama ini setelah pihak bukan melayu bertalu-talu menyerang, memporak perandakan kedaulatan melayu. dalam sedar atau tidak sedar, kita orang melayu hanya menunggu, tunggu dan lihat apa akan jadi nanti. orang bukan melayu tidak lagi menghormati parlimen, tidak lagi menghormati kesopanan dan ketatasusilaan raja-raja melayu, tidak lagi beradab sopan.

mari kita sama-sama menaikkan semangat kita dengan mendengar kupasan daripada buku 13 MEI yang ditulis oleh Kua Kui Song yang merupakan sejarah terbesar politik negara kita. Acara akan berlangsung pada Sabtu, 30 Ogos 2008bertempat di Rumah GAPENA, JKR 734, Jalan Dewan bahasa, Kuala Lumpur.

Jemputlah hadir beramai-ramai.

zz

Monday, August 4, 2008

hak melayu

semenjak tengah bulan mac 08 - hampir 5 bulan dulu - sibuk tentang hak melayu. nyata sekali orang bukan melayu - baik hindraf mahupun dap - telah mengusik bangsa melayu. berpuluh gerakan melayu, baik oleh parti politik mahupun ngo melayu, bising membuat reaksi terhadap berbagai perkara berkaiatan 'hak melayu'. inilah yang dikatakan oleh falsafat politik melayu sebagai 'menjolok sarang tabuan'. ataupun disebut orang 'mengusek ular berlingka'. 'membangunkan harimau tidur'. 'air tenang jangan sangka tiada buaya'. di sana sini tebuan berdengung menyengat, ular mencari mangsa, harimau mengaum dan air tenang mula berkocak. jadi bukan melayu sudah menjolok sarang tebuan itu. lebih-lebih lagi banyak sekali blog yang 'menghina' melayu dengan kata-kata yang kasar dan sebutan yang amat tidak berakhlak. malah ada yang sebut 'ketuanan melayu taik!'. jadi apakah yang bangsa melayu sibukkan sangat itu? apa sebenarnya yang diperjuangkan? apa benda yang kita sebut sebagai hak melayu.

perkara ini banyak fasalnya. bagi anak melayu dan bangsa Melayu di malaysia sekarang, hal ini menjadi perjuangan selama ratusan tahun. golongan dewasa amat mesra dan tahu akan hal ini. golongan muda - kira kira 35 tahun ke bawah - kurang tahu dan seringkali kelihatahn tidak peduli. ramai pula anak muda yang menyangka diri mereka profesional, di hantar belajar di luar negeri atau malah diberi biasiswa atau pinjaman belajar dalam negeri, menyangka kejayaan mereka adalah hasil dari upaya mereka sendiri. tidak ada kerajaan melayu yang bantu mereka. semua hasil dari tenaga mereka. jika pun ada kerajaan membantu, itu adalah 'tanggungjawab' kerajaan. jikalau kerajaan tidak bertanggung-jawab untuk membantu apa guna jadi kerajaan. jadi anak muda yang kini jadi profesional menyangka mereka berhak menerima bantuan tanpa tanggungjawab untuk membalas ganti dan tidak terhutang budi. mereka tidak pernah tahu atau ingin tahu bahawa kerajaan menjalankann tugas dan bertanggungjawab adalah kerana mereka menuntut hak melayu yang telah dinafikan oleh 'penjajah' selama ratusan tahun. melayu yang ditindas dan disisihkan. hanya kerajaan yang melayu yang bertanggungjjwab memastikan anak bangsa mendapat hak itu kembali. tanpa rasa dan kesedaran itu anak melayu akan kekal sebagai anak orang merempat , miskjkn dan hina. tanpa kesadaran akan hak melayu semua anak orang miskin akan kekal sebagai anak miskin dan merempat dinegeri sendiri, menjadi pengemis, menjadi orang papa kedana dan tidak mendapat sokongan apalagi bantuan untuk maju walaupun kepuitusan peperiksaan amat baik. mereka akan akan kekal menjadi anak-anak orang yang disebut sebagai 'the wretched of the earth'. bagaimana bijak seorang pun jika tiada peluang disediakan maka tidak akan ada kesempatan dan apalagi kemajuan. janganlah sangka upaya diri sahaja akan dapat menaikkan seseorang. bayangkan segala tekanan yang sentiasa menindas orang untuk naik dan maju dalam kerjaya walaupun dalam syarikat sendiri atau badan korporat sendiri.

inilah antara hal yang 'hak melayu' perlu penjelasan. jikalau kita mula dari mula maka hak melayu itu berpangkal dari perkara 1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. bagi yang tidak pernah baca buku atau teks Perlembagaan itu, kini bacalah. atau sekurangnya ambil tahu. Perkara 1 itu menyebut nama negara kita 'Malaysia'. nama negara ini dalam bahasa Melayu atau inggeris ialah 'Malaysia'. ketika negara ini ditubuhkan pada tahun 1962 untuk membesarkan negara asal bernama 'Persekutuan Tanah Melayu' menjadi 'persekutuan Malaysia' maka dua nama telah dicadangkan: i. Melayu Raya ii. malaysia. kedua-dua nama ini sudah lama dikenali di seluruh alam melayu. melayu raya telah diperkenalkan sejak sebelum dunia II ketika bangsa melayu menuntut kemerdekaan dari tadbiran british. bangsa melayu berjuang untuk kemerdekaan melalui keinginan bergabung dengan Indonesia dalam negara 'indonesia raya'. sebagai sebuah kawasan yang dihuni oleh 'bangsa melayu' . dalam erti yang luas, maka pejuang bangsa melayu ingin membina satu negara dengan 'Indonesia' yang ketika itu masih bernama 'hindia timur' atau 'oost indie' oleh belanda. maka pejuang kemerdekaan ingin membina sebuah negara melayu yang besar, yang mahu dikenal sebagai 'melayu raya' bermakna 'melayu besar'. nama ini tidak dipersetujui, maka nama 'malaysia' diterima. malaysia sebagai nama telah lama digunakan oleh penulis sejarah dan kebudayaan dirantau alam melayu. pertama kali digunakan oleh pejuang kemerdekaan filipina, jose rizal untuk menamakan negaranya yang merdeka dengan nama malaysia kerana mereka juga adalah dari bangsa melayu. nama 'filipina' adalah dari nama raja philippes, yakni nama raja sepanyol ketika kepulauan filipina itu didatangi dan kemudian ditakluk oleh orang sepanyol pada pertengah abad 19. sebelum kedatangan sepanyol, filipina ialah negeri Melayu dari kesultanan mindanao, bernama sultan sulaiman. sultan sulaiman telah ipengaruhi untuk bersahabat dengan sepanyol dan kemudian adiknya dikahwini oleh orang sepanyol dan negaranya diambil alih sebagai jajahan sepanyol. namun pada akhir kurun 20 jose rizal yang telah berkesempatan belajar di german memahami akan kuasa melayu di negaranya dan menuntut kemerdekaan atas nama Melaysia. sejak itu nama malaysia digunakan untuk kawasan alam melayu. misalnya sejarawan terkenal Amerika menulis buku bernama sejarah malaysia - a study in indirect rule. pada tahun 1962 nama malaysia itu dicadangkan dan diterima sebagai nama baru bagi gabungan tanah melayu, singapura, sabah dan sarawak. maka sejak itu kita bernama malaysia sebagai lanjutan dari sejarah terdahulu yang lebih panjang.

maka malaysia dalam perkara 1 Perlembagaan Persekutuan adalah nama negara kita. negara ini terdiri dari 'persekutuan negeri-negeri melayu' - seperti tersenarai dalam perkara 2, Perlembagaan Persekutuan, dengan segala keadaan yang sedia ada bagi negeri-negeri melayu. maka jadilah persekutuan malaysia itu sebagai 'persekutuan negeri-negeri melayu', kecuali negeri melaka dan pulau pinang serta wilayah persekutuan yang digabungkan ke dalam persekutuan itu dengan persetujuan kerajaan british yang menjajah melaka dan pulau pinang serta wilayah persekutuan yang diterima dari persetujuan negeri selangor dan sabah yang menyerahkan wilayah itu kepada kerajaan persekutuan.

jadi hak melayu yang pertama ialah bahawa malaysia ialah 'persekutuan negeri-negeri melayu' dan segala hak sedia ada ketika sebelum menjadi malaysia. jika ada generasi muda yang mahu menafikan hal ini, maka berhak bangsa melayu itu menentang dan menuntut kembali hak ke atas negara ini sebagai 'negeri melayu' itu seperti sebelum menjadi malaysia. jika ada yang mahu menafikan dan mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam perjanjian malaysia yang asal itu maka mereka sebenarnya tidak berhak berada di malaysia kerana mereka telah berada di sini atas hak yang telah dianugerahkan kepada datuk nenek dan ibu bapa mereka sebagai rakyat tanah melayu dan malaysia ketika mereka, yang menafikan itu, masih kecil. mereka menjadi rakyat malaysia kerana mereka adalah keturunan yang lahir dari datuk nenek dan ibu bapa mereka diterima menjadi rakyat. maka jika kini mereka tidak bersetuju dengan perlembagaan malaysia maka sekaligus mereka menafikan asas kerakyatan mereka. fikir-fikirkanlah kembali. zk

Wednesday, April 2, 2008

PRA-KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU

Sempena dengan Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bahru pada 2-3 Mei 2008, satu himpunan kecilan akan diadakan iaitu PRA-KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU yang akan diadakan di Rumah GAPENA, PADA ISNIN, 14 APRIL 2008 mulai jam 8.00 malam.

Semua yang berminat adalah dijemput hadir bagi menghangatkan lagi pertemuan dalam usaha kita untuk membangkitkan kesedaran yang Melayu itu adalah agung di tanah bernama Malaysia ini. Janganlah kita anggap yang Melayu itu lemah. Kalau dilihat hasil daripada PRU ke-12 baru-baru ini, usahlah kita takut yang Melayu akan hilang. Kita perlu berani menerima hakikat bahawa Melayu sebagai tuan di bumi bernama Malaysia ini akan bangun kembali dan bangun dan bangun.

Saya tidak mahu memperkatakan tentang Melayu banyak sangat kerana terlalu ramai para cendekiawan yang bercakap dan akan bercakap tentang hak keistimewaan Melayu di bumi Melayu ini. Tetapi yang saya hendak sentuhkan ialah betapa orang-orang bukan Melayu kini bertepuk tangan di atas kegoyangan kepemimpinan Melayu. Dengan campurtangan pihak Istana dan kemelut untuk perlantikan menteri besar dan terdekat menetapkan tarikh untuk perlantikan untuk pucuk pimpinan UMNo sendiri.

Dalam kes ini, dapat kita perhatikan hanya tokoh-tokoh Melayu sekarang yang sedang berarak ke sana ke sini, buat kongres dan pertemuan untuk memperjuangkan atas nama Melayu. Tetapi lihat saja para pembangkang khasnya kaum Cina dan India, dia peduli apa dengan Melayu, 'perut masing-masing, kubur masing-masing'. Lim Kit Siang kini lapang dada. Undi Cina (MCA)sudah berpatah balik kepada DAP, undi India (MIC) sudah berpecah kepada PKR. Harus diingat DAP dan PKR merupakan satu Barisan Alternatif (BA) yang bermaksud kalau Barisan Nasional (BN) tidak dapat memerintah dengan baik, maka BA akan mengambil alih. Lim Kit Siang kini sudah dikatakan berjaya sebagai pembangkang. Selama ini para menteri-menteri kabinet yang gelak ketawa dalam mengekang hujah dari Kit Siang sudah terkubur dengan gelak tawa tersebut. Dan kini para ahli kabinet baru muncul.

Wan Azizah dari PKR pula sebagai ketua pembangkang. Seorang Melayu yang merupakan isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim) yang tidak jemu-jemu membawa para pengikut-pengikutnya yang dalam sembunyi atau terbuka ke dalam kemelut politik Malaysia kini. Kita lihat lagi nanti komen-komen lain di masa akan datang.....

DIJEMPUT SEMUA UNTUK HADIRI PRA-KONGRES TERSEBUT PADA ISNIN, 14 APRIL 2008, MULAI JAM 8.00 BERTEMPAT DI RUMAH GAPENA, JALAN DEWAN BAHASA, KUALA LUMPUR. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DALAM USAHA KITA MEMPERERATKAN LAGI IKATAN USAHAWA KITA SEBAGAI BANGSA MELAYU YANG BERTUANKAN TANAH MELAYU DAN BERDIRI DI ATAS BUMI MELAYU.

Tuesday, April 1, 2008

Evolusi Yang Kejam?

Selama enam dekad, sejak Perjanjian 1948 menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu yang menamatkan Malayan Union, psikik bangsa Melayu terpahat dengan keyakinan bahawa negara ini akan sentiasa dikuasai dan diperintah oleh orang Melayu.

Sejak 1955, iaitu kali pertama orang Melayu mengenali Pilihan Raya Umum (PRU) dengan penuh keraguan akan implikasinya, parti United Malays National Organisation (UMNO) dengan rakan kongsi kuasanya Malaysian Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC) terus memenangi mandat. Sejarah PRU itu terus berlaku dengan natijah turun naik bagi setiap parti politik pesertanya. Negara terus berubah daripada Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.

Pelbagai isu mendorong perjalanan PRU berikutnya. Keruncingan isu perkauman membawa kepada pergolakan kaum pada 13 Mei 1969 yang menyebabkan penubuhan Majlis Gerakan Negara bagi mengembalikan pemerintahan demokrasi. Peristiwa 13 Mei kekal sebagai "tugu" sejarah demokrasi liberal disalah-gunakan dengan membangkit isu perkauman yang sensitif kepada bangsa Melayu tanpa rasa tanggungjawab.

Sejak itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi asas teras bagi manifesto UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Dasar revolusioner itu membangunkan psikik keyakinan bangsa Melayu untuk terus berkuasa di negaranya dan memimpin Malaysia ke arah kemajuan unggul.

Untuk tiga dekad berikutnya hingga akhir abad ke-20, keyakinan itu lebih padu dan teguh dengan keupayaan Perdana Menteri (PM) Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) membawa pemodenan dan pembangunan bangsa.

Konflik peribadi pemimpin dan isu politik sering membuka jurang pergolakan bangsa. Dunia global juga mula menerobos keyakinan bangsa dan negara hingga mengancam kesejahteraan. Namun Dr Mahathir dapat memintas kuasa luar terutama The Washington Concensus yang lain ingin menguasai ekonomi negara asing melalui International Monetary Fund (IMF).

Malaysia mengalami kegawatan ekonomi yang serius dan membawa kesan politik serta kepimpinan UMNO yang parah. Berlaku lagi perpecahan kepimpinan antara Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim yang melimpah ke dalam PRU ke-10 pada 1999. Untuk pertama kali UMNO dan BN mengalami kejatuhan mandat hingga menggugat kepemimpinan Dr Mahathir kerana "faktor Anwar" dalam PRU ke-10. Anwar diserang ketika di penjara dan menjadi isu pilihan raya yang membawa kesan parah kepada UMNO. Sebahagian besar kerusinya dan negeri Terengganu jatuh ke tangan PAS. Itulah amaran pertama akan kelemahan UMNO dan BN dalam menangani emosi pemilih.

Dr Mahathir meletakkan jawatan pada Ogos 2003 untuk memberikan "laluan" kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) menjadi PM. Dengan slogan "bekerja bersama saya" PRU ke-11 pada 2004 membuktikan mandat yang amat mengagumkan terhadap pimpinan Pak Lah. Pihak pembangkang melalui Barisan Alternatif tidak dapat menggugat menifesto Pak Lah. Sehingga ketiga-tiga anggota BA hampir lumpuh.

Keyakinan inilah yang dibawa dalam jiwa UMNO dan BN ketika Pak Lah melancarkan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008. Namun sepanjang tempoh PRU ke-11 yang lalu telah muncul pelbagai isu yang amat menggugat kesejahteraan dan kesenangan warganegara Malaysia.

Pak Lah ternyata ingin kembali kepada suasana liberal zaman Tunku Abdul Rahman yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei. Ruang ini digunakan oleh pelbagai pihak untuk mempersoalkan undang-undang paling dasar dalam negara, Perlembagaan Malaysia yang memberikan kedudukan istimewa kepada bumiputera.

Pelbagai isu mula dipersoalkan secara terbuka dan cukup bebas sehingga banyak orang berasa tidak senang dengan "keterbukaan" itu. Namun Pak Lah bertegas dengan keinginan beliau untuk "berbincang dalam akhbar, jangan bergaduh di jalan raya".

Pada masa yang sama kenaikan harga minyak terus menggugat kesejahteraan negara. Kenaikan harga barangan pengguna menjadi sumber yang amat subur untuk dipermainkan sebagai isu dalam PRU ke-12.

Pada saat akhir sebelum PRU ke-12 diisytiharkan, slogan teras negara adil dan beretika yang selama ini dipegang hebat oleh Pak Lah tercabar dengan pendedahan "rasuah" dalam kalangan bekas Ketua Hakim Negara. Begitu juga dengan cara kerajaan menangani peristiwa perarakan kaum India yang didalangi kumpulan Hindraf memberikan kesan yang buruk kepada imej BN dan Pak Lah di mata orang Melayu.

Semua ketidakpuasan ini digembleng sepenuhnya oleh Barisan Alternatif (BA) - terutama DAP, PKR dan PAS. Dalam tempoh yang sama Anwar Ibrahim kembali aktif sebagai penasihat PKR yang membawa kempen yang lama sebelum PRU ke-12 diisytiharkan.

Dalam pada itu, DAP menggembleng strategi lama, dalam rangka "Malaysian Malaysia" mereka dan membangkitkan isu tidak puas hati kaum Cina terhadap peranan second fiddle dan menuduh parti Cina dalam BN hanyalah merupakan "jari-jari" bagi UMNO. Mereka hanya membantu UMNO untuk menangani orang Cina.

DAP terus mempermainkan emosi orang Cina supaya menjauhkan diri dari UMNO dan sekali gus juga parti Melayu itu. Cukup kaut bujukan dan hasutan DAP itu menyerap ke dalam hati orang Cina sehingga mereka termakan dengan bisikan itu dengan kesan yang amat pahit kepada UMNO dan BN.

Demikianlah PRU ke-12 berlangsung dalam suasana yang penuh persoalan dan tanda tanya dengan natijah yang paling buruk dalam sejarah UMNO dan BN. UMNO dan BN tidak dapat merasa denyut nadi bangsa yang telah lama bergolak dan tidak puas hati terhadap banyak perkara.

Persiytiharan secara konkrit pelan pembangunan lima buah wilayah di seluruh negara oleh Pak Lah tidak membawa makna yang signifikan kepada rakyat terbanyak. Hanya sebanyak 140 kerusi Parlimen, memperlihatkan begitu banyak pemimpin UMNO, MCA dan MIC tewas. Empat buah negeri jatuh ke tangan pakatan BA dan pakatan PAS-PKR selain meneguhkan pegangan PAS di Kelantan.

Apakah makna segala ini?

Jika diandaikan bahawa kemenangan ini adalah lebih merupakan kejayaan DAP dan sebahagiannya PKR yang amat liberal di bawah pimpinan Anwar yang kembali sebagai faktor penting dalam pilihan raya ini, maka implikasi utama ialah pencapaian cita-cita DAP di Malaysia melalui gagasan "Malaysian Malaysia".

Selama hayat DAP sejak wujud pada dekad 1960-an adalah untuk merealisasikan "kesamaan hak" semua kaum di Malaysia meskipun Perlembagaan Malaysia memperaku hal itu. Namun mereka ingin menghapuskan beberapa fasal dari Perlembagaan itu termasuk bahasa kebangsaan, hak istimewa, dan layanan khusus kepada kaum bumiputera. Hanya pada akhir-akhir ini sahaja DAP menerima kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dengan cita-cita itu selamanya DAP mempersoalkan "keistimewaan Melayu" dan tindakan parti UMNO untuk melaksanakan Perlembagaan Persekutuan melalui dasar-dasar yang sewajarnya. Pembentukan pelbagai dasar awam berkaitan dengan pendidikan, bahasa dan kebudayaan, agama Islam, ekonomi dan pentadbiran negara telah menjadi sasaran DAP.

Oleh sebab itu, dengan kejayaan DAP memerintah Pulau Pinang, serta mendapat suara majoriti yang besar di Selangor dan Perak, adakah segala yang menjadi pegangan sakral dan mulia bangsa Melayu akan secara perlahan dilupuskan sehingga hanya tinggal nama sahaja?

Adakah akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan kedudukan keistimewaan bumiputera dan memberi hak seimbang kepada kaum lain? Bagaimana pula halnya dengan segala institusi bumiputera dalam pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau malah kuota universiti berlandaskan kependudukan tergugat kerana ada elemen Melayu sendiri yang kuat menentang "keistimewaan" itu seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Dalam jangka panjang, apakah PRU ke-12 membayangkan masa depan Malaysia, UMNO dan BN yang berubah secara radikal bagai dilanda tsunami politik sehingga jatuh menjadi hanya parti pembangkang yang lemah dan hilang semangat? Bibti-bibit masa depan yang kabur itu telah kelihatan dalam evolusi politik yang amat kejam kepada bumiputera. (zk)

Monday, March 17, 2008

KONGRES PEMUAFAKATAN MELAYU

BERDASARKAN ISU-ISU SEMASA TENTANG KEDUDUKAN MELAYU SELEPAS KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE-12 (8 MAC 2008), GAPENA BERSAMA-SAMA BADAN-BADAN NGO MELAYU LAINNYA AKAN MENGADAKAN KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU.

KONGRES TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA 2-3 MEI 2008 BERTEMPAT DI PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU.

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIKEMASKINIKAN DARI MASA KE SEMASA.