Monday, March 17, 2008

KONGRES PEMUAFAKATAN MELAYU

BERDASARKAN ISU-ISU SEMASA TENTANG KEDUDUKAN MELAYU SELEPAS KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE-12 (8 MAC 2008), GAPENA BERSAMA-SAMA BADAN-BADAN NGO MELAYU LAINNYA AKAN MENGADAKAN KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU.

KONGRES TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA 2-3 MEI 2008 BERTEMPAT DI PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU.

MAKLUMAT LANJUT AKAN DIKEMASKINIKAN DARI MASA KE SEMASA.

5 comments:

BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (BBK) MELAYU: said...

kewajipan semua umat Melayu mempertahan serta memperjuangkan essensi Hak Melayu yang sedang dilanda hentaman orang asing. Hak Melayu akan menakrif garis-garis perjuangan itu untuk semua umat Melayu.

drputera said...

satu majlis yg sama akan di adakan pada 3 may 2008 di Johor Bahru disebuah hotel.

tetamu kehormat: Tun Dr Mahathir bersama 3 orang lagi jemputan yg akan dipastikan ..kemudian.

utk mengelak pertembungan, saya cadangkan majlis tersebut digabungkan.

harap pihak tuan dpt menghubungi saya di :drmuz2008@yahoo.com

wak semar said...

Nampaknya keghairahan untuk sama mengadakan pertemuan tentang Melayu ini terserlah. Tetapi kawan kita drputera mengatakan majlis yang bakal mereka adakan itu nanti melibatkan politik nampaknya. Sedangkan Kongres Pemuafakatan Melayu yang bakal berlangsung tidak ke arah itu sebaliknya lebih kepada survival Melayu dari aspek bahasa dan budaya Melayu yang kini dicemari oleh pemimpin yang kononnya berbangsa Melayu. Kita tahu, Tun Mahathir tak boleh dibawa bersama, kerana beliaulah yang telah merosakkan mertabat Bahasa Melayu sendiri sehingga tergamak mengorbankan puluhan ribu anak-anak Melayu yang sedang belajar akibat perubahan bahasa pengajaran Matematik & Sains kepada Bahasa Inggeris (Penjajah). Saya berpendapat, biarlah Tun Mahathir dengan halnya ibarat kata orang-orang Melayu dahulu, Su Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkanlah! - Wak Semar -

syoksyok said...

ada akhbar yang mengatakan gapena main politik pulak. sapa yang kenal gapena, mereka mungkin tahu. asasnya ialah kebudayaan melayu, jadi atas apa sahaja bernama melayu, gapena perjuangkan, apa-apa pun perpecahan melayu semakin hebat kerana PRU 12 baru-baru ini. orang muda nampaknya lebih leberal, tapi kita kena hati-hati, kita kena sentiasa awas dengan bangsa dagang. ini tanah air kita asal bernama Tanah Melayu.

wak semar said...

Tetapi malangnya, dalam kita mahu mengadakan kongres begini, tiba-tiba PKR pula mahu buat malam countdown di Padang Kelab Sulaiman, Kg.Baru, K.L pada 14.4.08jam 8.00 malam. Kononnya, mereka mahu merayakan hari pembebasan Datuk Sri Anwar daripada sekatang berpolitik. Jika peristiwa ini terjadi dan pihak berkuasa membenarkannya, bererti esoknya pada 15 akan keluarlah suara datuk Sri atau konco-konco PKR menyatakan undi tak percaya terhadap pimpinan Pak Lah kita. Ini lagi membahayakan habis hak orang Melayu terus kalau PKR naik, menteri-menteri ramai daripada kaum lain, mungkin TPM orang mereka dan apakah Datuk Sri Anwar boleh pertahankan hak Melayu dalam Khazanah Berhad yang selama ini membantu Melayu itu?