Sempena dengan Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bahru pada 2-3 Mei 2008, satu himpunan kecilan akan diadakan iaitu PRA-KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU yang akan diadakan di Rumah GAPENA, PADA ISNIN, 14 APRIL 2008 mulai jam 8.00 malam.
Semua yang berminat adalah dijemput hadir bagi menghangatkan lagi pertemuan dalam usaha kita untuk membangkitkan kesedaran yang Melayu itu adalah agung di tanah bernama Malaysia ini. Janganlah kita anggap yang Melayu itu lemah. Kalau dilihat hasil daripada PRU ke-12 baru-baru ini, usahlah kita takut yang Melayu akan hilang. Kita perlu berani menerima hakikat bahawa Melayu sebagai tuan di bumi bernama Malaysia ini akan bangun kembali dan bangun dan bangun.
Saya tidak mahu memperkatakan tentang Melayu banyak sangat kerana terlalu ramai para cendekiawan yang bercakap dan akan bercakap tentang hak keistimewaan Melayu di bumi Melayu ini. Tetapi yang saya hendak sentuhkan ialah betapa orang-orang bukan Melayu kini bertepuk tangan di atas kegoyangan kepemimpinan Melayu. Dengan campurtangan pihak Istana dan kemelut untuk perlantikan menteri besar dan terdekat menetapkan tarikh untuk perlantikan untuk pucuk pimpinan UMNo sendiri.
Dalam kes ini, dapat kita perhatikan hanya tokoh-tokoh Melayu sekarang yang sedang berarak ke sana ke sini, buat kongres dan pertemuan untuk memperjuangkan atas nama Melayu. Tetapi lihat saja para pembangkang khasnya kaum Cina dan India, dia peduli apa dengan Melayu, 'perut masing-masing, kubur masing-masing'. Lim Kit Siang kini lapang dada. Undi Cina (MCA)sudah berpatah balik kepada DAP, undi India (MIC) sudah berpecah kepada PKR. Harus diingat DAP dan PKR merupakan satu Barisan Alternatif (BA) yang bermaksud kalau Barisan Nasional (BN) tidak dapat memerintah dengan baik, maka BA akan mengambil alih. Lim Kit Siang kini sudah dikatakan berjaya sebagai pembangkang. Selama ini para menteri-menteri kabinet yang gelak ketawa dalam mengekang hujah dari Kit Siang sudah terkubur dengan gelak tawa tersebut. Dan kini para ahli kabinet baru muncul.
Wan Azizah dari PKR pula sebagai ketua pembangkang. Seorang Melayu yang merupakan isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim) yang tidak jemu-jemu membawa para pengikut-pengikutnya yang dalam sembunyi atau terbuka ke dalam kemelut politik Malaysia kini. Kita lihat lagi nanti komen-komen lain di masa akan datang.....
DIJEMPUT SEMUA UNTUK HADIRI PRA-KONGRES TERSEBUT PADA ISNIN, 14 APRIL 2008, MULAI JAM 8.00 BERTEMPAT DI RUMAH GAPENA, JALAN DEWAN BAHASA, KUALA LUMPUR. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DALAM USAHA KITA MEMPERERATKAN LAGI IKATAN USAHAWA KITA SEBAGAI BANGSA MELAYU YANG BERTUANKAN TANAH MELAYU DAN BERDIRI DI ATAS BUMI MELAYU.
Wednesday, April 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Persatuan Penulis Johor memberikan sokongan penuh terhadap kongres demi Melayu dan Islam. Bangsa Melayu akan terhakis kalau asyik bercakaran. PPJ juga berpendapat tidak perlu diadakan pemilihan untuk Majlis Tempatan sebagaimana yang disuarakan oleh Menteri Perumahan, Kerajaan dan Tempatan Datuk Ong Ka Chuan - Amiruddin M.A.Hanafiah amirhakim_74yahoo.com.my
Tahniah kerana akhirnya ada blog mmembela Melayu dan diharap dapat masuk ke arus perdana blogsefera orang muda. Mungkin too little too late tapi jangan terus terkubur sudahlah. Jangan harap UMNO saja, mereka sibut membela ekonomi dari politik Melayu sekarang. Bagus bukan tak bagus. Selamat berkongres.
Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) membawakan moto "Penolakan perhambaan minda di kalangan orang-orang Melayu" berasa terpanggil untuk ikut sama memperjuangkan hal-hal kemelayuan ini. usteru itu PRIMA mengucapkan syabas kepada BBBK yang mahu mengadakan Pr-Kongres Permuafakatan Melayu itu. Daripada Wak Semar
Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)Cawangan Johor menyokong Kongres Permaufakatan Melayu demi memartabatkan bangsa dan bahasa Melayu.
Selepas buat Kongres Permuafakatan Melayu di Johor, nama E.Tan Alaudin naik memuncak. Dia kalahkan Dr. Mansor mantan TNC UTM rebut bjawatan Ketua Satu. Lepas itu naik meter nampaknya dia nak bertanding lawan Ketua 2 GAPENA lawan Dato Dr. A.Latif poulak. Ini nsudah kuat. Kalau orang DPMP tak sokong dia siapa lagi? Kenalah sokong E.Tan Alaudin Ketua Satu DPMP. Tapi dengar-dengar, Dato Dr Mansor yang kalah di Kuantan itu nak cabar Ketua Satu GAPENA pulak. Ini yang hebatnya DPMP. Kalau begitu gayanya, DPMP kena buat kenduri besar-besaran kempen satu kem, kalau tidak dua dua lenyap! Ngintai Aje keme - Anak Semantan.
Post a Comment